Kitaran Hidup Penyu






  Sumber rujukan : sila klik disini

Kitaran Hidup Ayam



Telur.

 Ayam betina bertelur di dalam sarang. Dalam telur ada embrio. Embrio akan membesar menjadi anak ayam dalam masa 21 hari. Ayam betina perlu memastikan telur – telurnya dipanaskan. Kulit telur yang keras melindungi embrio di dalamnya. Anak ayam mematuk kulit untuk menetas keluar. Ini boleh mengambil masa sehingga satu hari.






Anak Ayam

Anak ayam berada dalam keadaan lembap apabila ia menetas. Bulunya akan mengering dengan cepat. Anak ayam boleh berjalan selepas ia menetas. Anak ayam makan biji benih, serangga, dan cacing. Bulu anak ayam akan tumbuh dengan lebih banyak dalam masa 4 minggu. Balung ayam akan tumbuh di atas kepala ayam. Anak ayam akan menyerupai induknya sepanjang mereka membesar.





Ayam Dewasa

Anak ayam membesar menjadi ayam dewasa dalam masa enam bulan. Anak ayam betina membesar menjadi ayam betina. Anak ayam jantan membesar menjadi ayam jantan. Ayam betina kemudian akan bertelur.

Kitaran Hidup Nyamuk




Nyamuk mengalami metamorfosis lengkap 

Nyamuk mengalami empat peringkat perkembangan yang jelas. Empat peringkat itu ialah telur, pupa, larva dan nyamuk dewasaKitar hidup lengkap nyamuk mengambil masa sebulan.

Telur

Selepas menghisap darah, nyamuk betina bertelur sekelompok ('kelompok telur berbentuk rakit’) telur yang mengandungi 40 hingga 400 telur halus yang berwarna putih yang terapung pada permukaan air bertakung atau air yang mengalir amat perlahan. 

Larva

Dalam masa seminggu, telur itu akan menetas menghasilkan larva (atau dipanggil jentik – jentik) yang mana ia bernafas melalui tiub yang terkeluar pada permukaan airLarva memakan bahagian kecil bahan organik yang terapung dan juga makan sesama mereka. Larva membentuk sebanyak 4 kali sepanjang perkembangan mereka; selepas pembentukan keempat, ia dipanggil sebagai pupa.

Pupa

Pupa juga tinggal berhampiran dengan permukaan air, bernafas melalui dua tiub berbentuk seperti tanduk (dipanggil sifon) yang terletak pada bahagian belakang pupa. Pupa tidak makan


Nyamuk dewasa


Nyamuk dewasa keluar dari pupa apabila kulit terbuka selepas beberapa hari. Nyamuk dewasa hanya boleh hidup beberapa minggu sahaja.

Kitaran Hidup Belalang

     Belalang betina akan bertelur dan telur – telur terkandung di dalam karung berkulit keras, selalunya melebihi sepuluh, di dalam tanah atau antara daun – daun yang gugur.Setiap karung mengandungi 10 – 300 telur yang berbentuk butiran beras. Kemudian, nymph menetas dan menjadi nymph. Telur belalang boleh berada dalam keadaan dorman pada musim luruh dan sejuk, lebih kurang sepuluh bulan, bagi Negara yang mengalami empat musim.  Sejurus selepas menetas, nymph muda (nymph instar pertama) mula memakan daun – daun tumbuhan yang lembut dan lembap. Nymph adalah versi miniatur bagi belalang dewasa, hanya ia berwarna cerah dan tidak mempunyai sayap. Nymph mengalami 5 – 6 kali proses salin kulit dan berubah bentuk dan struktur, sebelum menjadi dewasa. Peringkat ini berlaku selama 5 – 10 hari, bergantung kepada spesis dan keadaan cuaca, terutama suhu dan kelembapan. Ketika nymph bersalin kulit, saiz mereka akan bertambah dan sayap terbentuk pada bahagian toraks badan.

Selepas 25 – 30 hari, sayap lengkap terbentuk dan nymph menjadi matang menjadi dewasa. Tempoh masa perkembangan telur sehingga dewasa, mengambil masa 11 bulan. Belalang dewasa mencapai tempoh matang mengawan selama 15 hari dan hidup selama 30 hari. Jangka hayat belalang adalah lebih kurang 12 bulan. Kajian mendapati bahawa kadar hayat nymph selepas menetas ialah 50 peratus, ini kerana ia akan dimakan oleh pemangsa seperti burung, haiwan rodensia dan cicak. Belalang memainkan peranan penting dalam ekosistem, menjadi sumber makanan kepada pemangsa dalam rantai makanan. Tetapi apabila belalang dalam kumpulan yang banyak, seperti belalang juta, ia boleh menyebabkan kemusnahan tanaman.

Kitaran Hidup Rama - rama


Telur.

Telur rama – rama adalah amat kecil, bujur, atau berbentuk silinder, mempunyai sangkar yang amat halus dan lain – lain struktur mikroskopik. Rama – rama betina bertelur pada daun, batang tumbuhan, atau objek – objek yang lain, selalunya pada atau berhampiran sumber makanan untuk beluncas.


Beluncas.

Beluncas (larva) adalah panjang, peringkat yang kelihatan seperti cacing. Ia selalunya mempunyai corak - corak jalur atau tompok – tompok yang menarik, dan juga mempunyai rerambut halus seakan – akan duri – duri halus. Ia merupakan peringkat mendapatkan makanan dan tumbesaran. Sepanjang perkembangannya, ia menanggalkan kulitnya empat kali atau lebih untuk membaluti atau menyelaputi badannya yang membesar.


Pupa.

Pupa (krisalis) adalah peringkat transformasi dalaman yang mana tisu – tisu beluncas mengalami penggantian membentuk struktur serangga dewasa. Warna pupa kebanyakan spesis ialah jingga atau hijau dan ia sama dengan warna persekitaran.


Peringkat Dewasa.

Peringkat dewasa (atau imago) adalah rama – rama atau kupu - kupu yang berwarna – warni. Ia adalah peringkat reproduktif dan boleh bergerak bagi spesis rama – rama. Peringkat dewasa melalui proses memikat, mengawan dan bertelur. Peringkat rama – rama atau kupu – kupu dewasa juga merupakan peringkat di mana mereka bermigrasi atau mengkoloni sesuatu habitat tertentu.

Kitaran Hidup Katak



Peringkat 1.

Katak menghasilkan telur di dalam air atau kawasan berair. Telur – telur katak melekat antara satu sama lain membentuk sekelompok telur. Katak bertelur berpuluh - puluh sehingga beratus - ratus biji telur.
Telur katak dilindungi dan dikelilingi dengan struktur seperti agar – agar dan agak licin. Katak betina tidak akan menjaga telur – telurnya selepas bertelur. Telur – telur itu akan berkembang tetapihanya sedikit yang akan berjaya menetas menjadi katak dewasa. Ini kerana, hidupan lain seperti itik, ikan, serangga lain – lain haiwan akan memakan sebahagian telur tersebut.

Peringkat 2.

Selepas 21 hari tempoh perkembangan, embrio akan meninggalkan cengkerang agar – agar, dan melekatkan dirinya pada rumpai air di dalam air. Kemudian ia menjadi berudu dan akan membesar sehingga ia berjaya berenang di dalam air. Ini mengambil masa 3 hari hingga 3 minggu. Berudu makan tumbuhan air yang kecil yang melekat pada tumbuhan air yang lebih besar. Tumbuhan kecil ini dipanggil alga.
Berudu mempunyai ekor yang panjang, dan tinggal di dalam air. Ia mudah mati, dan bergantung kepada keupayaan menyamar untuk melindunginya. Berudu juga terancam dan ia boleh dimakan oleh hidupan air yang lain. Kadangkala berudu mati apabila kolam atau kawasan berair menjadi kering.


Peringkat 3.

Selepas 5 minggu, berudu mula berubah. Kaki belakang mula terbentuk, diikuti dengan kaki hadapan. Kaki hadapan terbentuk di bahagian belakang kepalanya yang bonjol. Ekor berudu mengecil. Paru – paru mula berkembang, untuk membolehkan katak hidup di darat.
Pada peringkat ini, berudu akan berenang ke permukaan air untuk bernafas. Ekornya juga membantu ia berenang untuk mendapatkan makanan. Berudu mula makan tumbuh – tumbuhan dan haiwan yang reput.


Peringkat 4.

Berudu akan mula kelihatan seperti katak. Iamenanggalkan kulit. Mulutnya mula melebar, dan rahangnya mula hilang. Ekor mengecil, dan kaki membesar. Paru – paru semakin menjalankan fungsinya.


Peringkat 5 (akhir).

Selepas 11 minggu, ia telah berkembang dengan lengkap, katak yang mempunyai paru – paru, kaki dan tanpa ekor. Ia mula keluar dari air. Katak lebih banyak menghabiskan hidupnya di darat, berbanding di dalam airKatak yang kecil ini mula memakan serangga dan cacing. Ia akan menjadi katak dewasa dan akan mencari pasangan. Katak betina akan bertelur dan proses ini berulang kembali.