Kitaran Hidup Belalang

     Belalang betina akan bertelur dan telur – telur terkandung di dalam karung berkulit keras, selalunya melebihi sepuluh, di dalam tanah atau antara daun – daun yang gugur.Setiap karung mengandungi 10 – 300 telur yang berbentuk butiran beras. Kemudian, nymph menetas dan menjadi nymph. Telur belalang boleh berada dalam keadaan dorman pada musim luruh dan sejuk, lebih kurang sepuluh bulan, bagi Negara yang mengalami empat musim.  Sejurus selepas menetas, nymph muda (nymph instar pertama) mula memakan daun – daun tumbuhan yang lembut dan lembap. Nymph adalah versi miniatur bagi belalang dewasa, hanya ia berwarna cerah dan tidak mempunyai sayap. Nymph mengalami 5 – 6 kali proses salin kulit dan berubah bentuk dan struktur, sebelum menjadi dewasa. Peringkat ini berlaku selama 5 – 10 hari, bergantung kepada spesis dan keadaan cuaca, terutama suhu dan kelembapan. Ketika nymph bersalin kulit, saiz mereka akan bertambah dan sayap terbentuk pada bahagian toraks badan.

Selepas 25 – 30 hari, sayap lengkap terbentuk dan nymph menjadi matang menjadi dewasa. Tempoh masa perkembangan telur sehingga dewasa, mengambil masa 11 bulan. Belalang dewasa mencapai tempoh matang mengawan selama 15 hari dan hidup selama 30 hari. Jangka hayat belalang adalah lebih kurang 12 bulan. Kajian mendapati bahawa kadar hayat nymph selepas menetas ialah 50 peratus, ini kerana ia akan dimakan oleh pemangsa seperti burung, haiwan rodensia dan cicak. Belalang memainkan peranan penting dalam ekosistem, menjadi sumber makanan kepada pemangsa dalam rantai makanan. Tetapi apabila belalang dalam kumpulan yang banyak, seperti belalang juta, ia boleh menyebabkan kemusnahan tanaman.

No comments:

Post a Comment